HMS Hood
HMS Hood

HMS Hood

list error: mixed text and list (help)
(1939):1941, semasa karam:HMS Hood (nombor pennant 51) merupakan sebuah penjajap tempur milik Tentera Laut Diraja Britain, dan dianggap sebagai kebanggaan bagi Tentera Laut Diraja semasa tempoh di antara perang dan semasa awal Perang Dunia II. Hood telah berkhidmat dengan Tentera Laut Diraja selama dua dekad sebelum tenggelam semasa bertempur dengan kapal perang Jerman, Bismarck di Pertempuran Selat Denmark pada 24 Mei 1941.[2][3][4]Hood merupakan salah sebuah daripada empat buah penjajap tempur Kelas Admiral yang dipesan pada pertengahan tahun-1916 di bawah Program Kecemasan Perang. Meskipun rekabentuknya diubah secara drastik selepas Pertempuran Jutland, ia kemudian disedari bahawa terdapat tiga kekangan serius walaupun selepas rekabentuknya diubah; di atas alasan ini, dan disebabkan bukti bahawa penjajap tempur Jerman yang akan diperanginya tidak akan disiapkan, kerja-kerja pada kapal-kapal seterusnya telah digantung sehingga tahun 1917. Oleh itu, Hood merupakan penjajap tempur terakhir Britain yang telah dibina. Hood dinamakan sempena Laksamana Samuel Hood, seorang laksamana pada kurun ke-18.

Rujukan

WikiPedia: HMS Hood http://www.ascension-island.gov.ac/virtualtour/cro... http://www.hmshood.com/ http://www.hmshood.com/history/denmarkstrait/index... http://www.hmshood.com/hoodtoday/2001expedition/in... http://www.hmshood.com/reference/records.htm http://www.hmshood.com/reference/written/books1.ht... http://www.maritimequest.com/warship_directory/gre... http://www.navalstudies.com http://www.thesongoftheday.com/index.cgi?_d=083007 http://www.bluewater.uk.com/folders/hood_bismarck/...